Wednesday 19 August 2015

RESEPI UDANG BAKAR BERKEJU


Bahan-bahannya :

● 600 gram udang harimau
● 280 gram keju
● 100 gram mentega
● 50 gram bawang putih
● (dicincang halus)
● 10 gram garam
● 10 gram serbuk perasa
● 20 gram gula
● 50 gram susu cair

Cara-caranya :

1. Belah dua udang harimau. Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan kira-kira 15 minit.

2. Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.

3. Susun udang atas dulang yang disapu mentega. Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.

Selamat mencuba.

Tuesday 18 August 2015

AYAM GOLEK ALA AYAM MAS YANG MELELEH


UNTUK AYAM
-1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (utk 2 org makan)
- sos black paper
- madu
- garam
-1 inch halia
- lemon/ limau nipis
- serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA
-bersihkan ayam, dan cucuk-cucukkan badan ayam menggunakan garfu
-tumbuk sedikit halia dan lumurkan pada ayam,
-masukkan sos black paper dan lumurkan juga pada ayam,
-setelah rata, lumurkan pula madu, mengikut cita rasa yang disukai, jika ingin manis lebihkan madu,
-kemudian perahkan limau nipis/lemon untuk menaikkan bau.
-perap ayam didalam peti ais selama 5 jam untuk mendapatkan perapan yang sempurna, ataupun 1 jam sudah memadai untuk 1/2 ayam,
- setelah diperap, keluar dan toskan air perapan,, dan taburkan lada hitam di badan ayam dan sedia untuk di panggang pada suhu 150 ke 200oC dalam masa 40 ke 50 minit, (panggang hingga ayam kelihatan berkilat)

UNTUK SOS LADA HITAM
- sos lada hitam
- sedikit air
- 1/2 sudu tepung jagung
- secubit garam
cara membuatnya,
-masak sos lada hitam bersama air, jika mahu pedas lebihkan sos lada hitam, jika ingin kurangkan pedas, lebihkan air, biarkan mendidih, cambur sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang sekata, kemudian, campurkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan sos,

UNTUK SOS ALA AYAMAS
- 4 Cili merah masak
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu cili sos
- Air
- Garam dan gula secukup rasa
- 3biji limau
cara membuatnya
- kisarkan bawang putih bersama cili hingga lumat, masukan bahan kisar tadi kedalam periuk dan masak hingga mendidih, kemudian tambah 1 sudu chili sos, dan sedikit air, setelah itu, perahkan limau kedalam bahan yang telah mendidih tadi, jika inginkan sos yang pekat boleh tambahkan tepung jagung seperti membuat sos lada hitam tadi.

LAKSA ASAM SEDAP


Bahan

1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan ]

8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan [belah 4]
3 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
air rebusan ikan
Garam secukup rasa
1 batang serai [ketuk pecah2]
1/2 cawan jus asam jawa
sikit minyak

Bahan A (Dikisar halus):
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus
1nci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/b belacan

Bahan (Dihiris halus):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
2 biji cili merah
daun selum

Cara membuat kuah:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan.
3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
4. Renihkan sehingga pekat.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau kesturi.

Char Kuetiaw Mudah tapi Sedap


Bahan - bahan:

500 gm kuetiau
3 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih [Diketuk]
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos char kuetiau
1 sudu besar kicap pekat
300 gm udang saiz besar
1 cawan air
1 cawan tauge
½ cawan kucai
2 butir telur
Garam secukup rasa [jika perlu]

Cara-cara menyediakannya: 

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sos tiram, sos char kuetiau, kicap pekat dan kacau rata.
3. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Masukkan air dan garam [jika perlu]. Apabila mendidih masukkan kuetiau, kucai dan tauge. Kacau rata lagi.
5. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan cili jeruk.

Tip
Jika kuetiau kering tambahkan air panas dan kacau rata.

Daging Dendeng Sedap


Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

Bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa

Bahan D 
Air rebusan daging

Cara menyediakan:
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap

Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan

Sekarang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk.. 
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering 
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap.

MASAK LEMAK CENDAWAN BUSUT

 

BAHAN-BAHAN : 

30 batang cendawan busut - secukupnya 
Santan kelapa secukupnya 
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap 
3 batang serai 
Garam secukup rasa 


BAHAN DITUMBUK LUMAT : 


1 inci kunyit hidup 
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan 




CARA MEMASAK : 
1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .
2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api . 
3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih . 
4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur.