Bahan-bahan
500gm biskut merrie (1 peket ½)
1cawan gula*
½cawan sebuk koko*
1cawan air*
⅔cawan mentega*
1sudu kecil vanilla*
Topping coklat
½ cawan susu sejat
1 bar coklat masakan
Hiasan seperti kekacang @ buah buahan.
Cara-Cara
Pecahkan biskut merrie, ketepikan
Dalam periuk kecil, jadikan satu bahan bertanda *
Whisk sebati
Panaskan diatas api yg perlahan, sentiasa kacau rata. selama 7-8 min.
Tuang didalam mangkuk yang mengandungi biskut merry tadi.
Gaul mesra.
Masukkan dalam acuan kek
Tekan dan padatkan, simpan dalam petisejuk 1jam.
Untuk membuat topping
Panaskan susu sejat, matikan api & masukkan coklat masakan
kacau sebati.
Tuangkan diatas kek dan sejukkan semula 1jam.
Hiaskan & hidangkan.
Bahan-bahannya :● 600 gram udang harimau
● 280 gram keju
● 100 gram mentega
● 50 gram bawang putih
● (dicincang halus)
● 10 gram garam
● 10 gram serbuk perasa
● 20 gram gula
● 50 gram susu cair
Cara-caranya :
1. Belah dua udang harimau. Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan kira-kira 15 minit.
2. Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.
3. Susun udang atas dulang yang disapu mentega. Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.
Selamat mencuba.
UNTUK AYAM-1 ekor ayam atau 1/2 ekor ayam (utk 2 org makan)- sos black paper
- madu
- garam
-1 inch halia
- lemon/ limau nipis
- serbuk lada hitam
CARA MEMBUATNYA
-bersihkan ayam, dan cucuk-cucukkan badan ayam menggunakan garfu
-tumbuk sedikit halia dan lumurkan pada ayam,
-masukkan sos black paper dan lumurkan juga pada ayam,
-setelah rata, lumurkan pula madu, mengikut cita rasa yang disukai, jika ingin manis lebihkan madu,
-kemudian perahkan limau nipis/lemon untuk menaikkan bau.
-perap ayam didalam peti ais selama 5 jam untuk mendapatkan perapan yang sempurna, ataupun 1 jam sudah memadai untuk 1/2 ayam,
- setelah diperap, keluar dan toskan air perapan,, dan taburkan lada hitam di badan ayam dan sedia untuk di panggang pada suhu 150 ke 200oC dalam masa 40 ke 50 minit, (panggang hingga ayam kelihatan berkilat)
UNTUK SOS LADA HITAM
- sos lada hitam
- sedikit air
- 1/2 sudu tepung jagung
- secubit garam
cara membuatnya,
-masak sos lada hitam bersama air, jika mahu pedas lebihkan sos lada hitam, jika ingin kurangkan pedas, lebihkan air, biarkan mendidih, cambur sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang sekata, kemudian, campurkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan sos,
UNTUK SOS ALA AYAMAS
- 4 Cili merah masak
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu cili sos
- Air
- Garam dan gula secukup rasa
- 3biji limau
cara membuatnya
- kisarkan bawang putih bersama cili hingga lumat, masukan bahan kisar tadi kedalam periuk dan masak hingga mendidih, kemudian tambah 1 sudu chili sos, dan sedikit air, setelah itu, perahkan limau kedalam bahan yang telah mendidih tadi, jika inginkan sos yang pekat boleh tambahkan tepung jagung seperti membuat sos lada hitam tadi.
Bahan1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan ]
8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan [belah 4]
3 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
air rebusan ikan
Garam secukup rasa
1 batang serai [ketuk pecah2]
1/2 cawan jus asam jawa
sikit minyak
Bahan A (Dikisar halus):
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus
1nci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/b belacan
Bahan (Dihiris halus):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
2 biji cili merah
daun selum
Cara membuat kuah:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan.
3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
4. Renihkan sehingga pekat.
Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau kesturi.
Bahan - bahan:
500 gm kuetiau3 sudu besar minyak masak2 ulas bawang putih [Diketuk]2 sudu besar cili kisar3 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos char kuetiau1 sudu besar kicap pekat300 gm udang saiz besar1 cawan air1 cawan tauge½ cawan kucai2 butir telurGaram secukup rasa [jika perlu]
Cara-cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga wangi.2. Masukkan sos tiram, sos char kuetiau, kicap pekat dan kacau rata.3. Masukkan udang dan kacau rata.4. Masukkan air dan garam [jika perlu]. Apabila mendidih masukkan kuetiau, kucai dan tauge. Kacau rata lagi.5. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan cili jeruk.Tip
Jika kuetiau kering tambahkan air panas dan kacau rata.
Bahan A1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
Bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
Bahan D
Air rebusan daging
Cara menyediakan:
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
Sekarang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap.
BAHAN-BAHAN :
30 batang cendawan busut - secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
3 batang serai
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan
CARA MEMASAK :
1. Basuh dengan merendam dulu cendawan ni untuk buang semua kekotoran dan bila dah bersih siat-siat cendawan ni serta ditos ketepi kan dulu .
2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan jumlah cili api .
3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , ikan bilis dan serai dititik . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .
4. Masukkan semua cendawan dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur.