Wednesday, 22 April 2015

KERABU MANGGA ALA THAI Resepi dari RAsa




Waktu memasak: 10 minit
Saiz hidangan: 4 orang

BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga muda l diracik halus
1 kuntum bunga kantan
4 biji bawang merah
30gm udang kering l direndam dan dikisar halus
50gm kacang tanah l digoreng dan ditumbuk halus
2 biji cili merah l dibuang biji dan dihiris halus
1 batang serai l dihiris halus
2 sudu makan sos ikan


CARA MEMASAK:
1. Racik mangga muda sehingga halus.
2. Campurkan semua bahan hiris bersama kesemua bahan lain.
3. Sedia dihidang.

Resepi Roti Burger Dan Hot Dog oleh Chef Obie






TEPUNG GANDUM 800 GM 
GULA 40 GM
GARAM 10 GM
YEAST 18GM
SUSU TEPUNG 50GM
FORMAT / Bread Improver 10GM
BUTTER/MENTEGA 100GM
AIR 450ML

Cara Membuat :-

Adun Tepung, garam,gula , yeast, susu tepung dan format , masukkan air uli sehingga menjadi doh. Tambah Butter / mentega –uli doh sehingga lembut . Biar ia naik selama 45 minit @ berganda saiznya. Bahagikan doh menjadi 80gm untuk Roti Burger, manakala untuk soft roll 40gm. Bentukkan bebola dan griskan dulang pembakar. Biar ia naik selama 15 minit.Kemudian ratakan sedikit biarkan ia menaik .Sapukan dengan air/susu dan taburkan sedikit bijan/sesame ke permukaan.

Bakar pada suhu 190’ c selama 12-15 minit

CHOCOLATE CAKE with CREAM CHEESE FILLING





★Kaedah kek tanpa mixer!
★Cuma guna bekas saiz sederhana atau mangkuk bersesuain utk menggaul smua bahan.

(A)
2 cwn tepung kek (self rising)
1 1/2 cwn gula castor
1 cwn serbuk koko
4 sudu besar tpg jagung
Secubit garam
1 1/2 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh baking powder

Cara2
Semua bhn2 kering (A) digaul sebati. Blh guna sudu
(B)
1 cwn minyak masak
1 cwn susu segar (susu kotak)
4 bj telur
80 ml air suam
200g coklat masakan (potong kecil)

Cara2
1. Masukkn bahan (B) satu persatu ke dlm (A) dimulakan dgn minyak masak dn susu. Gaul rata.
2. Masukkn telur dn gaul rata.
3. Tuang air suam dn gaul adunan hingga sebati. Adunan akn jd pekat dn likat.
4. Kemudian blh lah masukkn 200g coklat masakan sbgai penambah 'wow factor' dlm kek... rasa lbh umph! Klau xde pn xpe...
5. Tuang dlm loyang 9 inci. Gris dulu atau alas kertas mnyak.
6. Bakar 175°c selama 50-60 mnt ikut oven masing2.
7. Sejukkn kek sblm nk letak filling creamcheese dn tuang coklat toping
------------------------------------

CHOCOLATE TOPING
200g coklat masakan
200g whipping cream
★panaskn whip cream dgn kaedah double boile. Masukkn coklat masakan yg tlh diricik halus. Kacau hingga smua cair sempurna.
------------------------------------

CREAM CHEESE FILLING
250g cream cheese
100g buttercup
100g gula ising
★pukul smua bahan hingga sebati.


Sumber : Facebook

Tuesday, 21 April 2015

Resepi Bar Bounty Simple dan Sedap





Bahan-Bahan:

 400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
 Kelapa kering/parut
 susu pekat manis



Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.

2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.

3. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

~ Selamat Mencuba ~

Resepi Kek Minyak




Bahan-Bahan

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder.
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
pewarna


Cara-cara

1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.

2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.

3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.

5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.

6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Resepi Biskut Swiss Tart Sedap








Bahan-bahan

225 gm butter 
120 gm gula ising 
1 biji telur
275 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
1 st vanilla
Badam cincang
Jem strawberry dibeli di kedai bakery (untuk buat tart)


Cara - cara
Pukul butter dengan gula 3 minit,masukkan esen.
Masukkan campuran tepung dan sedikit demi sedikit masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.Sekiranya adunan masih lembik jangan risau masukkan sedikit lagi tepung.
Sediakan petitin dengan mangkok kertas,paipkan berpusar dengan nozle berbentuk bunga mcm buat semprit ,hiaskan dengan jem dan taburkan badam cincang.
Dibakar hingga masak.
Adunan ini boleh menghasilkan sebanyak lebih kurang 135 biji tart.

BISKUT SMARTIES SEDAP DAN MUDAH




Bahan-Bahan

200 gram butter

50 gram gula icing

150 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 suduteh esen vanila

Cara:

Pukul mentega dengan gula, sehingga sebati dan kembang.

Masukkan tepung, gaul rata.

Masukkan kedalam piping bag . Piping ke atas dulang

Hiaskan dengan coklat smarties.

Bakar sehingga di bahagian bahagian bawah kekuningan .




Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!