Tuesday, 7 July 2015

STRAWBERRY FINGERS COOKIES


Bahan A
250gm mentega
10gm shortening
150gm gula kaster
1 tsp strawberry emulco
1/4 tsp pewarna pink/merah
50gm serbuk badam/serbuk gajus

Bahan B
300gm tepung red rose
40gm tepung kentang
50gm susu tepung
50gm tepung jagung

Hiasan : Coklat masakan Strawberry pink atau (coklat masakan putih + pewarna pink + strawberry emulco) dan breadcrumb putih

Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.

Thursday, 25 June 2015

BISKUT KACANG WALNUT TANPA BAKAR




Bahan-bahan

125gram mentega
60gram gula pasir
1 sudu besar sirap kencana
60gram buah kurma yang dicincang
3 cawan gelembung beras ( puffed rice seperti cereal )
90 gram kacang walnut yang dicincang

Cara-cara

1. Alaskan acuan dengan kertas aluminium yang sudah digris.

2. Satukan mentega, gula halus, sirap kencana, buah kurma yang dihiris ke dalam periuk. Didihkan atas api sederhana sehingga mendidih.

3. Masukkan puffed rice dan kacang walnut dan kacau sehingga sebati. Kemudian keluarkan adunan dan tekankan di atas acuan ataupun buat bebola kecil yang mudah untuk dimakan.

4. Boleh disimpan di dalam bekas kedap udara atau di dalam peti sejuk.

Kredit Gambar : Carrie Vasios Mullins

TART NENAS GEBU MELETOP



BAHAN A

250 GM BUTTER
2 STEH GULA KASTOR
2 BIJI KUNING TELUR
2 STEH ESEN VANILLA

B.
200 GM TEPUNG JAGUNG
180 GM TEPUNG GANDUM

HIASAN:

JAM NENAS SECUKUPNYA
PAPER CUP
KUNING TELUR UNTUK SAPU

1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN A
2. MASUKKAN BAHAN B DAN SEBATIKAN MENJADI DOH YANG LEMBUT.
3. MASUKKAN KEDALAM ACUAN TART GULUNG DAN TARIK PANJANG..
4. LETAK INTI DI TENGAH DAN GULUNG.. SEBAIKNYA GUNA TART GULUNG YANG BERWARNA GOLD.
5. MASUKKAN KEDALAM PAPER CUP DAN SAPU KUNING TELUR DI ATASNYA.
6. BAKAR 25 MINIT

Satu adunan ni dpt bih krg 70biji

BISKUT ARAB PELANGI

 



Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperti bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180′C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

SAMPRIT SUSU DAHLIA MUDAH DAN SEDAP




120g butter (buttercup atau anchor)
50g gula ising
160g tepung jagung
50g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Beberapa titis pewarna pink
Cara2
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla. Pukul sebati.
3. Ayak tepung jagung dn tepung bersama.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan dan gaul sebati... guna tangan yee..
5. Bahagikn doh kepada 2 bhgn. Bhgn pertama biarkn dgn warna asal. Bhgn kedua dititiskn dgn sedikit pewarna pink dn gaul rata.
6. Kedua2 warna diletakkan secara bersebelahan ke dlm acuan tekan samprit.
7. Tekan di atas loyang yang telah digris.
8. Bakar suhu 160°c selama 20 mnt.
*jangan biarkn doh terdedah pd udara kerana ia akn keras. Klau dh keras mmg susah nak tekan... aKlau terkeras juga, tuang sesudu susu segar (susu kotak)... uli sebati dan cuba tekan dalam acuan... kalau keras lagi, bolehlah tambah sesudu lg... sampai doh kita boleh ditekan dlm acuan tu...
Samprit ni rasanya lemak berkrim, rangup tp cair dlm mulut...
Selamat mencuba...
 

Sunday, 14 June 2015

Strawberry Crepe Mudah dan Sedap Mengancam



Bahan-bahan:

-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning
- letak warna pink
-perisa durian - gantikan dg jem strawberry & buah strawberry

Cara-caranya:

1 - Masukkan semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..

2- Kalau pekat tambah air sedikit boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..

3 - Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang.. layangkan kuali agar adunan sekata masak atas api kecil.

4 - Masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.

Filling

-150ml fresh cream diputar hingga kental
- guna whipping cream
- jem secukupnya
-letakkan fresh cream

Cara-caranya:

Letak jem dan buah strawberry dan letak lagi cream di atasnya. -lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

letak whipping cream & jem strawberry

letak strawberry yg dah dipotong, kemudian cream lagi...pastikan cream letak lebih sikit...jadi crepe nampak gemok elok bila dilipat

lipat kemas dan simpan dlm peti ais...biar sejuk dan keras creamnya dulu, kemudian barulah sedia dimakan.

Monday, 8 June 2015

MAKARONI BAKAR MUDAH




(Guna pemanggang/periuk ajaib)

200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
250g daging cincang, dibersihkan
1 tangkai cili merah, dihiris 
1 tangkai cili hijau, dihiris 
50 g cendawan butang, dihiris nipis 
1 labu bawang besar
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan sayur campur (jagung, karot, kacang peas)
parutan keju cedar secukupnya 

Kastard
5 biji telur gred A 
200 ml susu cair 
2 camca teh tepung gandum 
1 camca teh gula 
1 camca teh garam 


Dalam bekas besar, satukan semua bahan2 kecuali bawang besar, rempah kari, daging, keju cedar dan bahan2 untuk kastard. 
Gaul rata dan ketepikan. 

Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. 
Kemudian masukan daging dan kacau rata hingga daging masak
Tambahkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan makaroni dan bahan2 lain yg telah di satukan tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk. 
Tuangkan kastard kedalam makaroni tadi dan kacau hinga bergaul rata
Tuangkan adunan kedalam pemanggang ajaib yang telah disapu 
butter. Tuangkan lg sedikt telor dan taburkan keju, bawang goreng dan sos.
Bakar selama 15-30 minit (yg guna microwave 180 C (45 minit} )



Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!