Tuesday 21 April 2015

Resepi Kaswi @ Kasuwi Mudah dan Lazat



Bahan-bahannya:

(A)

1. Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
2. Tepung jagung/sagu ~ Setengah cawan
3. Gula merah ~ 2 cawan
4. Garam halus ~ Suku camca kecil
5. Air ~ 4-5 cawan atau secukupnya (ikut lembut)
6. Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ Suku camca teh

(B)
1. Garam halus ~ Secukupnya
2. Kelapa muda ~ diparut (putih sahaja) untuk hiasan dan penambah rasa

Cara membuatnya:
1- Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
2- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
3- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan (kecil).
4- Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.
5- Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
6- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.
Jumlah hidangan:
Lebih kurang 38 biji (acuan lompang)

Nota:
- Sekiranya anda menggunakan loyang (7 inci), kukus selama 30-45 minit.
- Jika anda tidak suka manis boleh kurangkan sedikit sukatan gula merah.
- Anda boleh juga mencairkan dahulu gula merah dengan 1 cawan air di atas api (sehingga gula cair) dan kemudian biarkan suam sedikit dan ditapis sebelum dicampurkan ke dalam bahan lain.
- Warna kuih juga bergantung kepada jenis dan jenama gula merah yang anda guna.

No comments: